Sunday 8 June 2014

Apa Yang Dilihat??

wah..lamanya aku x menulis luahan kt blog ni...ini salah satu cara aku share pertanyaan yang berlegar2 dalam otakku yg agak kecil ni..ini la masa untuk melapangkan kembali otakku..hahahah

dah pertengahan 20+5+5-3 tahun dah umurku...nth mengapa semakin rumit untukku mencari jalan kehidupan berpasangan...agak kolot bunyinya...tapi aku taknak ianya mengangu apa yg kurasa..hahahha.

bukan tiada yang ingin menjadi pasaganku...bukan memilih rupa paras itu konsepku...yang penting ikhlas...zaman skng ni da lagi ke cinta pandang pertama?? apa yang korang rasa tentang cinta....adakah ianya cinta kedesakkan hidup berpasanga...cinta nafsu...cinta sejati..cinta rasa...cinta mainan..cinta duit..apa2 je la..banyak plak cinta ni...hahhahah...

kebanyakkan kenalanku ingat aku ni tak penah serius dalam perhubungan...wahai peminatku ( bajet hot la)..korang x faham apa yang aku rasa dan apa aku cari....saat aku serius..saat itu lah semuanya bertukar menjadi bilah pisau...amat menyakitkan walau hanya dengan perkara kecil...saat aku memohon padaNya kosongkan jiwaku...saat itu ramai meluahkan apa yang dorang rasa...kini jiwaku kosong..bukan niat untuk menolak...niatku hanya untuk berkawan...sebab aku tahu aku ni siapa...hanya aku dapat memahami penderitaanku...

saat bercinta..semuanya indah...semuanya nk rasa..habis nnt dah kawen apa yang tinggal...ingatlah wahai kaum adam...lindungila kaum hawa ni...mereka terlalu lemah dari segala sudut...tapi sampai tahapnya..kaum hawa ini mampu mengegarkan dunia....

aku tak paham apa yang dilihat dan apa dirasai kaum adam..kerana kaum adam ni gagah diluar...tapi hatinya sensitif dan sehalus kuman...mudah tersentuh berbanding hawa...tapi mereka jugalah menjadi punca hawa menganas...

zaman skang ni semuanya melihat nafsu...bila aku katakan aku ni tak berminat dengan kisah2 sex..ada yang kata aku ni membosankan..x normal la..apa la..sedarilah wahai kaum ada...andai kamu tidak mampu melindungi kaum hawa..biarlah kaum hawa melindungi dirinya sendri dengan apa cara sekalipon...ini bukan kerasa tidak yakin mahupon tidak percaya pada kaum adam...tapi..lihat la dunia sekarang...semuanya nmpak salah dimata hawa,...

mampukah kaum adam menangung kesemua yang berlaku terhadap kaum hawa...ingatlah..kaum hawa tidak memandang rupa paras..harta...ckup sekadar mampu menyara seadanya..ckup mampu menjadi imam..menjadi pelindung...menjadi ayah yang disanjungi anak..kerana itulah bekalan untuk alam yang kekal disana nanti...

aku terasa rindunya terhadap dunia yang kekal abadi...terasa semakin berpura2 aku didunia ni..tapi bekalan aku tiada untuk aku kesana...salahkah aku mencari sang adam yang mampu memberikan aku semua itu walau hanya sedikit..

hipokrit..perkataan yang selalu diajukan...hipokrit ikut pandaggan masing2...adakah kamu kaum adam dengan menunjukkan sifat nakal..bernafsu terlebih terhadap hawa menyatakan kamu tidak hiporit berbanding adam yang lagaknya alim tetapi lebih teruk nfsu dan naklnya dikendian hari...pikir2kan la..kalau menunjukkan kamu seorg yang terlebih nakal mahupun menunjuk kamu terlebih alim...kukuh mana imanmu wahai sang adam...seharusnya imanmu lebih teguh berbanding sang hawa...hawa ni sifatnya begkok...menurut sahaja demi kasih dan sayg yang tidak kepastian peghujungnya.,..

lihatlah sang adam...dimana kamu dimata sang hawa...tak salah berkasih sayang..tapi mohon lihat kembali keteguhan pengawalan kamu wahai sang adam...bantulah sang hawa menjadi seorang muslimah sejati...sesungguhnya sang hawa terlalu lemah dan rapuh...

bersambung......